Skuad ragbi 7s negara memiliki talian hayat kedua bagi memastikan sasaran sebenar kedudukan di tangga kelima terbaik Asia selepas gagal menempah ke slot ke separuh akhir Sukan Asia 2018, hari ini.
Selepas gagal membuat kejutan ke atas Korea Selatan, Malaysia kini kembali ke sasaran asal memastikan kedudukan lima terbaik Asia dalam saingan kedudukan kelima dan keenam esok.
Korea Selatan ternyata masih di depan dalam beberapa aspek, namun banyak yang mampu dipelajari daripada persembahan anak buah Choi Changryul itu selepas kekalahan 40-5 di tangan gergasi Asia itu.
"Malaysia masih lagi berada dalam misi mencapai sasaran, iaitu dalam kelompok lima pasukan terbaik Asia," kata kapten negara, Zulkiflee Azmi.
Sementara itu, satu-satunya wakil negara yang berjaya menyumbang try buat Malaysia dalam aksi menentang Korea Selatan, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, yakin sasaran sekurang-kurangnya kedudukan kelima mampu dilaksanakan.
Syaratnya aksi bertemu Thailand esok perlu dihabiskan dengan kemenangan bagi memastikan Malaysia berada dalam slot perebutan tempat kelima dan keenam keseluruhan.
"Kami telah berusaha sehabis baik ketika berdepan Korea. Ternyata Malaysia masih lagi sedang berusaha untuk bersaing dengan mereka. Saya bersyukur kerana dapat menghasilkan satu try untuk negara," ujarnya.