Skip to main content

Sukan Asia

Ragbi 7s: Malaysia berdepan Korea Selatan

ragbi.jpg
Skuad ragbi 7s negara akan bertemu Korea Selatan dalam suku akhir Sukan Asia 2018 selepas kejayaan mereka menundukkan tuan rumah, Indonesia, 39-5 dalam saingan peringkat kumpulan, hari ini.

Ia cabaran besar buat negara dalam pusingan suku akhir apabila lawan yang bakal ditemui adalah Korea Selatan yang merupakan gergasi ragbi Asia.

Bagaimanapun, saingan dalam peringkat penentuan suku akhir menyaksikan Malaysia cemerlang dengan kejayaan menundukkan pasukan tuan rumah 39-5.

Tiga try memberikan 15 mata kepada Malaysia selain menyempurnakan satu conversion membawa tambahan dua mata meletakkan Malaysia di depan dengan 17 mata tanpa balas daripada Indonesia dalam tempoh tujuh minit pertama.

Malaysia meraih 17 lagi mata dalam tujuh minit kedua selepas memastikan empat lagi try dan satu conversion sebelum Indonesia mendapat satu try.

"Kami berjaya meraih kemenangan ke atas Indonesia. Ia merupakan sasaran kami untuk melayakkan diri ke suku akhir," kata kapten negara, Zulkiflee Azmi.
 

Advertisement

Must Watch Video