Skuad ragbi tujuh sepasukan negara hanya selangkah lagi untuk mencapai misi lima terbaik dalam Sukan Asia selepas mengatasi Thailand 33-12 dalam perlawanan pertama klasifikasi kelima hingga kelapan, hari ini.
Dendam skuad negara ke atas Thailand ketika Sukan SEA tahun lalu akhirnya terbalas apabila mereka mempamerkan persembahan terbaik.
Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan penuh Malaysia apabila meraih try menerusi Wan Izzudin Ismail, Mohd Amir Nasrun Zulkifli, Muhammad Siddiq Amir Jalil serta Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, selain penyempurnaan beberapa conversion untuk meletakkan skuad negara selesa mendahului 26-0.
Thailand cuba bangkit dalam separuh kedua menerusi try daripada Panupong Puangpun dan Khomchak Chakrabandhu Na Ayudhaya untuk memberikan sedikit tentangan, namun ia belum memadai untuk menyekat skuad kebangsaan mencatat kemenangan 33-12.
"Alhamdulillah, apa yang disasarkan hari ini adalah kami mahu ke peringkat kelima dan keenam. Itu adalah sasaran Majlis Sukan Negara (MSN) dan kami mahu menduduki kelompok lima terbaik.
"Selain itu, kami dapat menebus kekalahan ketika Sukan SEA, tahun lalu," kata kapten Malaysia, Zulkiflee Azmi.
Malaysia bakal melakukan perhitungan tempat kelima dan keenam dengan China malam ini, selepas lawan mengatasi Taiwan 38-7.
"Apa yang boleh saya katakan, China hampir sama seperti Taiwan tetapi di atas padang, apa sahaja boleh berlaku. Semangat kami bersama seluruh pasukan."