Kepulangan skuad hoki lelaki negara daripada jelajah Australia menyerlahkan potensi sebenar beberapa pemain muda yang sedang meningkat naik hingga menarik perhatian ketua jurulatih, Sarjit Singh.
Pada ketika keputusan aksi persahabatan itu menjadi topik perbincangan pengkritik tegar sukan hoki, namun hakikat sebenarnya pemain muda negara membuktikan kewibawaan di pentas terbaik dunia bertemu pemain handalan dari Australia yang rata-ratanya berstatus Olimpian.
Paling menyerlah ialah penjaga gol kedua The Speedy Tigers, Mohamad Rafaizul Saini yang mula mengugat posisi utama milik Hafizuddin Othman.
"Semestinya dua pemain yang mengejutkan saya adalah Rafaizul dan Andywalfian (Jeffrynus). Pemain ini beraksi dengan sangat baik." katanya.
Sementara itu, hasil pascanilai barisan kejurulatihan, skuad negara harus meningkatkan lagi kualiti penyudah khususnya ketika gerakan padang serta pukulan sudut penalti.
Secara keseluruhannya, Sarjit menemui keupayaan sebenar pemain muda yang bakal dipertaruh pada Kelajah Korea Selatan yang akan bermula pada 19 Mei hadapan selain memuji tonggak senior seperti Faiz Helmi Jali, Fitri Saari dan Nik Aiman Nik Rozemi.
"Saya rasa kami perlu perbaiki penyudah jaringan, kami melepaskan 12 daripada pukulan sudut penalti. Kam perlu perbaiki aspek itu. Kami lihat perkara yang perlu diperbaiki." tambahnya.