PERMOTORAN

Qabil Irfan terpilih sebagai atlet Alpinestar

Stadium Astro
Ammar Hakim
03/03/2025
10:47 MYT
Sponsor Banner
Qabil Irfan terpilih sebagai atlet Alpinestar
Pada MotoGP Winter Test di Petronas Sepang International Circuit bulan lalu, Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, bersama Qabil Irfan telah mengadakan lawatan ke William Mitham, Athlete Relations Alpinestar Italy, bagi membincangkan hala tuju serta program pembangunan untuk Qabil Irfan.
Dengan rekod cemerlang seperti Juara Dunia MiniGP 2023, beberapa podium dan kemenangan di ESBK kategori Moto4, serta mengekalkan gelaran Overall Champion selama lima tahun berturut-turut di peringkat kebangsaan menerusi FIM MiniGP Malaysia, tidak hairanlah @alpinestars menunjukkan minat untuk menaja Qabil bagi musim 2025.
Bagi musim 2025, Qabil Irfan akan bersaing dalam Espana Superbike Championship (ESBK) dalam kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, iaitu ESBK Talent Cup, menggunakan jentera NSF250.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video