Skip to main content

Sukan SEA

Puvaneswaran kini tabur bakti selaku jurulatih karate Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

r-puvaneswaran_2.jpg
Pemenang dua kali pingat emas Sukan Asia, R. Puvaneswaran, enggan peduli jika dirinya dilabel sebagai 'pengkhianat' negara kerana berkhidmat bersama Thailand selaku jurulatih karate negara itu untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Puvaneswaran bukan nama asing dalam arena sukan karate negara apabila berjaya membawa Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan Asia 2002 dan 2010.

Namun, dalam Sukan SEA Kuala Lumpur  Ogos ini, dia bakal turun selaku seteru negara.

Kini bertindak sebagai jurulatih kepada skuad karate Thailand, Puvaneswaran melihat ia adalah tugasnya selaku individu profesional.

"Ini adalah kerjaya saya. Jika saya mendapat tawaran yang lebih baik daripada negara lain, saya harus terima kerana saya seorang jurulatih yang profesional," jelasnya.

Mengakui Thailand turun dengan status sebagai 'underdog' dalam edisi Sukan SEA sebelum ini, namun dia optimis barisan anak buahnya mampu melunaskan sasaran sekurang-kurangnya dua emas.

"Thailand dianggap sebagai underdog dalam temasya Sukan Sea selama ini. Tetapi kami akan cuba mencapai objektif dua pingat emas atau cuba melebihi sasaran tersebut dengan tiga pingat emas," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video