Masalah pukulan sudut penalti menambah kebimbangan ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, selepas menyaksikan anak buahnya tewas 0-1 di tangan New Zealand semalam, sekaligus meranapkan harapan untuk berada dalam kelompok empat terbaik Piala Sultan Azlan Shah.
Tujuh pukulan sudut penalti tanpa sebarang gol adalah statistik yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi Malaysia memiliki pakar handalan seperti Muhammad Razie Abd Rahim, Faizal Saari, Shahril Saabah dan Najmi Farizal Jazlan.
"Kami memiliki empat atau lima pakar pukulan sudut penalti. Kami cuba menerapkan beberapa 'set piece' tetapi gagal melaksanakan dengan baik. Sudah tentu kami akan perbaiki perkara ini," jelas Van Huizen.
Selepas empat perlawanan, The Malaysian Hockey Tigers hanya mampu menyempurnakan satu gol menerusi pukulan sudut penalti.
Kisahnya berbeza dengan New Zealand -- pasukan yang menghuni ranking kelapan dunia -- apabila hanya memerlukan satu pukulan sudut penalti untuk menghukum Malaysia dengan gol tunggal perlawanan.
Pemain pertahanan, Kane Russel, melakukan tolakan deras ke arah gawang negara pada minit ke-25.
Dalam perkembangan lain, Malaysia berdepan risiko kehilangan khidmat Razie selepas pemain itu mengalami kecederaan pangkal paha.
Dia akan menjalani pemeriksaan sebelum statusnya diputuskan menjelang aksi terakhir peringkat liga menentang India esok.
"Saya mungkin akan menjalani proses pemulihan. Insya-Allah saya akan beraksi (menentang India) tetapi bergantung kepada keadaan kecergasan saya," kata Razie.