Penantian dua bulan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) berakhir selepas mengeluarkan surat pertuduhan terhadap dua bekas tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, yang digugurkan Jun lalu.
Surat tersebut telah pun dihantar kepada Syahir dan Zulkifli hari ini dan difahamkan Syahir perlu membela diri dengan surat pertuduhan dikeluarkan sebanyak 48 muka surat, sementara Zulkifli pula setebal 37 muka surat, yang diperjelaskan kesalahan masing-masing ekoran digugurkan daripada kem kebangsaan.

Syahir dan Zulkifli kini mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawab kesemua pertuduhan itu dengan menghadap Jawatankuasa tatatertib PSM.
Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, berkata, "Sebenarnya PSM telah mengeluarkan surat kepada Syahir dan Zulkifli hari ini dan dari tarikh hari ini (26 Ogos), mereka memiliki tempoh 14 hari untuk memberi surat jawapan kepada kami."