Skip to main content

Sepak Takraw

PSM hantar surat rayuan kepada ASTAF

psm.jpg
Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menerusi presidennya, Datuk Sumali Reduan, memaklumkan bahawa pihaknya sudah pun menghantar surat rayuan kepada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) 14 Februari lalu untuk kembali sebagai ahli gabungan badan induk sepak takraw Asia itu.

Tambah Sumali, setakat ini segalanya tampak positif buat PSM yang sedia menjalin kerjasama dengan ASTAF dalam perancangan sepak takraw di Malaysia dan antarabangsa. 

Sumali juga berkongsi rasa tidak risau mengenai penubuhan Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC).

Sementara itu, Presiden Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC), Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, berharap mendapat kelulusan segera dari ASTAF bagi melancarkan segala gerak kerja terutamanya penyediaan skuad kebangsaan ke Sukan SEA Vietnam.

Ketika ini, latihan skuad kebangsaan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan dikawal selia oleh pengarah teknikal, Abdul Talib Ahmad.

Seandainya MSC mendapat pengiktirafan menjadi badan rasmi yang sah oleh ASTAF, maka segala perancangan skuad kebangsaan kelak bakal diuruskan oleh MSC, dan bukan lagi di bawah PSM.

Sukan SEA Vietnam pula dijangka akan berlangsung pada Mei depan.
 

Advertisement

Must Watch Video