Skip to main content

Hoki

PSAS: The Speedy Tigers makin garang

hoki.jpg
MALAYSIA 7 AFRIKA SELATAN 2 

The Speedy Tigers mengorak kemenangan kedua dalam Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022 dengan membelasah Afrika Selatan 7-2, petang tadi. 


Begitupun, Afrika Selatan yang turun berbekalkan kelebihan Cameron Yves Norman Le Forestier pada minit ke-12 -- selepas pertemuan di Ipoh itu kelmarin terpaksa ditunda gara-gara cuaca hujan lebat. 

Tapi skuad kendalian Arul Selvaraj itu lebih garang sebaik suku pertama bersambung tatkala berbaki 1:41 saat. 




Kemenangan sulung dalam edisi ke-29 ke atas Mesir malam tadi nyata menjadi tonik terbaik buat Malaysia untuk memulakan kebangkitan menerusi tolakan pukulan penalti oleh Muhammad Razie Abd Rahim sebelum dia menokok jaringan kedua dengan pukulan penalti, dua minit kemudian. 




Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal melebarkan kelebihan skuad negara apabila selesa 4-1 di depan di sebalik aksi separuh masa kedua terpaksa ditangguh akibat cuaca. 

Walaupun Afrika Selatan berusaha merapatkan jurang dengan sentuhan Connor Beauchamp, tetapi impian kebangkitan itu segera dipadamkan dengan jaringan tambahan daripada Shello Silverius, Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Razie.



 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found