Skip to main content

Hoki

PSAS: The Speedy Tigers lakar kemenangan sulung

hoki.jpg
Malaysia merakam kemenangan pertama dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) Edisi Ke-29 selepas mengetepikan cabaran Mesir 4-1, sebentar tadi. 

Skuad asuhan Arul Selvaraj tersebut dalam usaha menghidupkan semula laluan ke final kempen di Ipoh itu dan prestasi babak kedua membantu The Speedy Tigers mula mencetak kemenangan.

Shello Silverius memberi kelebihan awal buat skuad negara dengan jaringan padang pada minit ke-11, tetapi gagal mengekalkan rentak awal untuk diikat Mamdouh Mahmoud Mahmoud Aboutaleb daripada pukulan sudut penalti. 

Situasi itu menggoyahkan keyakinan skuad negara buat seketika, tetapi corak lebih agresif di kawasan kubu lawan memastikan Malaysia menutup suku ketiga 2-1 di depan melalui pukulan sudut penalti daripada Muhammad Firhan Ashaari sebelum tolakan Muhammad Amirul Hamizan Azahar dan Shello melengkapkan kemenangan mereka. 

"(Faktor kemenangan kami bersandarkan) disiplin dan kemahuan pemain walaupun masih ada ruang yang perlu tingkatkan.




"Lebih daripada itu adalah menikmati permainan, kerja keras dan disiplin permainan. 

"Dua gol dalam suku keempat membuktikan kemahuan pemain. Mereka bertungkus lumus melancarkan asakan.

"Apabila kemahuan mereka tinggi sangat, kekejangan tidak akan mencari pemain lagi," kata Arul sejurus perlawanan.

Malaysia akan berdepan Afrika Selatan petang esok selepas pertembungan malam tadi terpaksa ditunda akibat hujan lebat.





 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found