Buat julung kalinya, ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, secara terbuka menyatakan kebanggaannya terhadap prestasi skuad The Speedy Malaysia.
Tetapi pada masa sama, dia akan terus mengingatkan anak buahnya bahawa misi utama mereka merebut kejuaraaan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022 belum selesai.
60 minit atau sejam permainan di Ipoh pada Khamis ini akan menjadi pemisah sama ada impian itu mampu menjadi realiti atau sebaliknya.
Pertembungan dengan Jepun malam tadi mempertaruhkan kepantasan sebagai elemen utama dalam permainan yang berlangsung sengit itu, mujur tonggak senior negara mengatasi ranjau tekanan untuk memastikan kejayaan 4-2 dalam perlawanan terakhir liga sepusingan berkenaan, seterusnya berpeluang menebus kehampaan ditundukkan Korea Selatan dalam aksi pembukaan.
"Pemain mempamerkan karakter besar walaupun sedang mendahului.
"3-4 minit di penghujung perlawanan tatkala Jepun memburu tiga jaringan, pemain negara terus berjuang (tinggi).
"Inilah karakter baru Malaysia yang tetap berjuang hingga perlawanan berakhir sekalipun sedang mendahului," katanya di Nadi Arena.
Reaksi positif Arul itu menjadi isyarat bahawa kebangkitan skuad negara bukanlah bersifat sementara -- malah ia hadir bersulamkan semangat juang tinggi di samping ketekunan dalam setiap langkah ketika beraksi.
Individu yang memainkan peranan penting disebalik kemenangan ini terarah kepada Razie Rahim yang sekali lagi mencipta dua sentuhan pemusnah dalam tempoh 2 minit bagi membunuh harapan Jepun.
"Apabila kami meraih gol menerusi pukulan sudut penalti, ia secara tidak langsung akan mengurangkan beban penyerang. Ini bermakna mereka juga boleh mencari jaringan padang, mencuba peluang yang berbeza.
"Ia meringankan beban barisan penyerang kerana sedar apabila mendapat pukulan sudut penalti, Razie ada (untuk melaksanakan tugasnya).
"Sebab itu dua hari lalu ketika bercakap dengan Razie tentang mengapa dalam Kejohanan Asia pasukan lebih tenang.
"Ia berpunca dia mencetak gol daripada setiap pukulan sudut penaltinya dan sebab itulah saya menuntut terus melakukannya," katanya lagi.
Malah, kecemerlangan Hafizuddin Othman yang bangkit memadam kritikan terhadapnya pada awal kempen ini apabila menafikan 'penalty stroke' dalam suku ketiga sekali gus jadi detik penentu kemenangan turut mengundang pujian Arul.
"Selepas perlawanan pertama, saya beritahu bahawa saya tidak lagi mampu mempertahankan mereka.
"Dia bertanggungjawab, dia bangkit apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam dua perlawanan.
"Saya gembira setiap peluang diberikan untuk menjadi pemimpin, sebagai lelaki sejati dan dia melakukan dengan baik.
"Hafiz benar-benar meletakkan kami masih dalam saingan," katanya.