Skuad hoki lelaki kebangsaan kini dalam fasa akhir pemilihan 18 pemain untuk Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Ipoh.
Menurut ketua jurulatih negara, Sarjit Singh, kemenangan 5-1 dan kekalahan 1-3 menentang Korea Selatan dalam aksi persahabatan yang lalu tetap membakar semangat pemain.
Sebelum berhadapan India pada 20 November untuk perlawanan persahabatan terakhir, The Speedy Tigers akan berdepan skuad remaja kebangsaan esok.
"Kami akan berdepan pelapis negara esok dan senarai akhir akan diumumkan selepas jumpa India," katanya.
Tambah Sarjit, Faizal Saari dijangka tiada masalah menyertai skuad walaupun ada sedikit isu kecergasan sejak keluar daripada persaraan menjelang aksi membuka tirai berdepan New Zealand pada Ahad ini.
"Permainan Faizal Saari memang bagus tapi kurang kecergasan perlawanan.

"Tapi dia berkembang pesat dan segera menyesuaikan diri dengan pasukan.
"Dia sudah apa yang kami mahukan dan saya berharap dia dapat tonjolkan persembahan baik dalam dua perlawanan ini untuk terpilih," katanya.
Grab Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Grab Sekarang