Skip to main content

Sukan Lain

PSAS 2017: Perjuangan Malaysia belum berakhir – Van Huizen

010517vanhuizen.jpg
"Peluang belum tertutup," itu keyakinan ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, selepas Malaysia tewas 6-1 di tangan Australia, sekali gus menjejaskan peluang mencapai sasaran kelompok empat pasukan terbaik dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah 2017.

Kekalahan besar di Stadium Sultan Azlan Shah mengejutkan kerana Malaysia dalam persiapan ke separuh akhir Liga Dunia, bulan depan.

Masih banyak aspek perlu ditingkatkan untuk sekurang-kurangnya mencapai sasaran kelompok empat pasukan terbaik di Ipoh seperti ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Begitupun, perjuangan masih belum tamat dan peluang mencapai sasaran masih terbuka.

"Keputusan 6-1 amat sukar diterima tetapi kami perlu melihat ke hadapan dan bangkit dalam aksi akan datang," kata Van Huizen.

Australia menguasai 60 minit permainan dengan penyerang, Tom Craig, muncul pemain pertama mencipta hatrik dalam kempen kali ini

Rakan sepasukannya, Trent Mitton, turut meledak tiga gol untuk melengkapkan kemenangan besar juara bertahan itu.

Gol sagu hati Malaysia muncul menerusi pukulan penalti strok Faizal Saari pada minit ke-42.

"Kami masih cuba untuk memperbaiki permainan kami, ini merupakan satu keputusan yang baik dan pertahanan kami mempamerkan aksi yang cemerlang," kata jurulatih Australia, Colin Batch.

Advertisement

Must Watch Video