Skip to main content

Hoki

PSAS 2017: The Malaysian Speedy Tigers sedar perlu pertajamkan penyudah

faizal-020517.jpg
Penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, yang membuat penampilan semula dalam Piala Sultan Azlan Shah 2017 selepas direhatkan tahun lalu, berpeluang membuktikan dia masih lagi berbisa apabila diturunkan ketika berdepan Great Britain dalam aksi malam ini. 

Penyerang Terengganu Hockey Team (THT) itu dilihat kurang menyerlah setakat ini di sebalik memiliki reputasi besar selaku penyerang berbisa negara.

Namun, sejak direhatkan pada Ogos 2015, dia masih tercari-cari sentuhan sebenarnya di peringkat antarabangsa. 

"Bahagian serangan perlu dipertajamkan lagi. 

"Kami perlu banyak belajar lagi dan buat yang terbaik," katanya. 

Barisan penyerang negara akan menjadi tumpuan apabila berdepan Great Britain yang berada di ranking ketujuh dunia. 

Mereka masih gagal menjaringkan sebarang gol padang setakat ini dengan Muhammad Razie Abd Rahim meledak pukulan sudut penalti, sementara Faizal hanya menyempurnakan pukulan penalti stroke.

"Rentak di dalam perlawanan mungkin agak berbeza, kami masih belum mendapat kombinasi di dalam padang," ujar penyerang negara, Firhan Ashaari. 

Menurut seorang lagi pemain di bahagian serangan, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, kekuatan Great Britain belum pernah diuji oleh The Malaysian Speedy Tigers. 

"Kami belum tahu lagi corak permainan Great Britain kerana hanya pernah menghadapi mereka di peringkat remaja. 

"Kami belum tahu pendekatan taktikal mereka," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video