Ketua pasukan negara, Sukri Mutalib, menerima kegagalan The Malaysian Speedy Hockey Tigers mencapai sasaran dalam Piala Sultan Azlan Shah 2017 tetapi tetap positif kerana misi utama negara adalah layak ke Piala Dunia 2018.
"Berdasarkan persembahan hari ini (malam tadi), kami telah menampilkan corak yang sangat baik.
"Cuma gol itu tidak menjelma.
"Itu yang agak menyedihkan. Begitupun, saya tetap memuji persembahan rakan sepasukan kerana mereka telah menunjukkan karektor yang baik.
"Sebenarnya, Piala Sultan Azlan Shah merupakan persiapan yang baik bagi kami sebelum berangkat ke London (menghadapi separuh akhir Liga Hoki Dunia)," katanya.
Malaysia gagal merealisasikan sasaran untuk muncul dalam kalangan empat pasukan terbaik tetapi Sukri menegaskan: "Sudah pasti kami kecewa gagal mencapai objektif kami.
"Tetapi kami perlu bangkit, apa yang paling mustahak adalah layak ke Piala Dunia."
Jentera serangan Malaysia ternyata menjadi aspek yang perlu diberi penekanan selepas ini berikutan hanya mampu menyentuh belakang jaring lawan sebanyak dua kali sahaja setakat ini.
"Pemain-pemain akan mengkaji semula permainan mereka menerusi rakaman perlawanan dan jurulatih akan membuat analisis tentang hal berkaitan jaringan.
"Selepas ini, jurulatih pasti akan mencari jawapan mengenai pendekatan pukulan sudut penalti dan gol padang.
"Dengan kemampuan penyerang dan pukulan sudut penalti, saya yakin gol itu akan menjelma."