Pengadil hoki negara, Eric Koh, membuat penampilan sulung dalam Piala Sultan Azlan Shah Ke-26 yang dijadikan persiapan menjelang tugasan getir dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia di London, bulan depan.
"Saya berasa gembira dan teruja kerana dapat beraksi dalam Piala Sultan Azlan Shah Ke-26 ini.
"Jadi, saya sangat berpuas hati," katanya.
Eric jarang mengadili perlawanan di Malaysia kerana terikat dengan tugasan di luar negara sebagai juruterbang.
Begitupun, pengadil gred 1 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) itu sanggup mengambil cuti tahunan untuk bertugas di Ipoh.
"Buat masa ini, saya bertugas sebagai juruterbang di Abu Dhabi.
"Memang sukar untuk mendapatkan cuti untuk bertugas sebagai pengadil di Malaysia dan di tahap dunia.
"Namun, bagus jugalah kerana bos saya sanggup memberi cuti untuk saya datang ke kejohanan ini."
Saingan Piala Sultan Azlan Shah juga merupakan pentas untuknya membuat persiapan yang lebih rapi berikutan dia dijangka akan menjadi sebahagian daripada barisan pengadil dalam kempen separuh akhir Liga Hoki Dunia di London nanti.