SUKAN LAIN
Program Sukan SEA 2019: Atlet olahraga dituntut bukti kemampuan
Harapan untuk menyaksikan semula kelibat pelari pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad dan S. Komalam Shally, dalam skuad negara tidak kesampaian apabila mereka tidak melepasi kriteria yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk diserapkan ke dalam program kebangsaan.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada mulanya mengambil langkah berani apabila menyenaraikan nama Siti Fatimah dan Komalam dalam pemilihan atlet ke Sukan SEA 2019.
Bagaimanapun, kriteria minimum untuk berada dalam program tersebut adalah sekurang-kurangnya memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.
Iklan
Siti Fatimah hanya meraih tempat kelima dalam acara 100 meter pecut manakala Komalam pula digugurkan pada saat-saat akhir atas dakwaan masalah disiplin.
"Kelayakan utama adalah juara dan pemenang tempat kedua Sukan SEA 2017.
"Itu merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada atlet itu layak atau tidak.
"Berdasarkan catatan semasa Komalam, prestasinya kurang daripada catatan masa pemenang perak Sukan SEA 2017 (11.74 saat yang dilakukan Zaidatul Husniah Zulkifli).
"Jadi, sebab itulah dia tidak dimasukkan dalam program," ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas.
Senarai awal atlet yang berjaya ke program tersebut adalah seramai 330 orang dari pelbagai cabang sukan di Malaysia dan daripada jumlah itu, seramai 23 orang adalah adalah daripada skuad olahraga.
Zainal menegaskan pintu masih terbuka buat semua atlet olahraga untuk diserapkan ke dalam program itu sekiranya mereka mampu mempamerkan catatan memberangsangkan sepanjang tahun ini.
"Atlet-atlet di luar sana masih boleh berlatih. Program Sukan SEA Manila ini adalah sehingga 2019. justeru prestasi mereka dalam setiap kejohanan akan terus dipantau, seterusnya akan dipertimbangkan dalam program," kata Zainal lagi.
Must-Watch Video