Chef De Mission (CDM) Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, memberikan peringatan kepada semua atlet terutamanya yang berada dalam program Road to Gold (RTG) untuk terus mempamerkan konsistensi jika mahu kekal.
Jelas Hamidin, mana-mana atlet yang tidak mencapai prestasi seperti diharapkan, berisiko untuk diketepikan.
Ketika ditanya mengenai prestasi semasa perseorangan profesional Lee Zii Jia, Hamidin percaya pemain di ranking keempat dunia itu perlu diberikan ruang dan peluang untuk bangkit dan membuktikan kredibilitinya sebagai jaguh negara.
"Saya berpendapat bukan sahaja Zii Jia tetapi semua atlet (berisiko digugurkan). RTG ini dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
"Kami akan melakukan penilaian setiap dua bulan berdasarkan prestasi atlet. Kemungkinan juga ada pemain baharu yang akan masuk dalam program ini pada penghujung tahun.
"Namun, untuk mengatakan Zii Jia akan terkeluar adalah terlalu awal. Kami mahu melihat sesuatu yang positif oleh semua atlet. Kecuali prestasi dia betul-betul menurun. Namun, kami harap dia akan kembali -- bukan sahaja Zii Jia tetapi juga mana-mana atlet," katanya.
Hamidin turut mengesahkan bahawa dia bakal adakan pertemuan bersama barisan pemain badminton kebangsaan sejurus selesai tugasan di Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang sedang berlangsung di Dubai.
"Saya akan buat pertemuan dengan semua pemain badminton apabila mereka kembali dari Dubai. Ada beberapa perkara yang telah saya susun berbincang dengan mereka.
"Apabila kita sudah bersedia untuk pergi Olimpik kita kena bagi latihan atau kerja yang kuat. Bagi saya pemain se[erti Zii Jia, Ng Tze Yong dan beregu kita pernah kalahkan pemain hebat.
"Maknanya kalau 'right time, right place' kita akan ada peluang cerah di Paris. Jadi kita kena kerja kuat dalam tempoh setahun ini," katanya.