Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Yunus Ibrahim, mengesahkan seramai 12 atlet di bawah naungan badan induk itu terpaksa digugurkan daripada Program Podium kerana gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI).
Antara atlet yang digugurkan adalah Farina Shawati Mohd Adnan, Nik Mohd Azwan Zulkifle dan Muhammad Fauzan Ahmad.
Tambahnya, masih belum ada sebarang perbincangan untuk memberikan peluang kedua buat mereka.
"Kalau kita lihat, lebih-kurang 12 atlet digugurkan. Ia tidak termasuk atlet remaja," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) di Kuala Lumpur hari ini.
Yunus mendedahkan bahawa empat pelumba remaja turut digugurkan, namun masih akan diberikan peluang untuk membuktikan prestasi mereka tahun ini.
PKBM juga berkemungkinan akan menyenaraikan beberapa muka baru melalui proses pemilihan dan saringan.
"Kami akan mengambil atlet baru untuk persiapan menghadapi kejohanan seperti ACC (Kejohanan Berbasikal Asia).
"Bagi program 2020, kami akan mengadakan siri empat Kejohanan Piala Trek Malaysia.
"Program berbasikal remaja juga akan diteruskan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa