Beberapa tonggak penting dalam sukan negara dipanjangkan talian hayat mereka apabila persatuan masing-masing memohon tempoh sebelum khidmat mereka digugurkan dalam mesyuarat pra-penilaian atlet 2019 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Antara yang masih memohon untuk diberikan ruang buat barisan atlet menyerlah adalah Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
Mereka merancang untuk mengekalkan hanya empat pemanah untuk setiap kategori dengan pemilihan akan dibuat bulan ini manakala pemanah selebihnya bakal digugurkan.
"Kami akan mengemukakan permohonan kepada MSN agar mereka boleh menjalani latihan sepenuh masa atau kami akan menggugurkan mereka daripada program," kata Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pula meletakkan piawaian memenangi pingat buat empat pelumba yang terdiri daripada Fatehah Mustapa, Farina Shawati Mohd Adnam, Mohammed Shariz Efendi dan Kharil Nizam Rasol.
Kejohanan Grand Prix (GP) Asia Tenggara bulan depan serta Kejohanan Berbasikal Asia (Oktober) ditetapkan sebagai pentas terakhir untuk mereka membuktikan bahawa kemampuan mereka masih relevan dalam skuad kebangsaan.
"Kami menetapkan sasaran skuad negara perlu mencapai (kejayaan) dalam dua program besar ini," kata Setiausaha Kehormat PKBM, Datuk Ashkari Abu Noor.
Sementara itu, Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) pula memberi peringatan kepada barisan atlet sedia ada agar memberikan kudrat yang setimpal sekiranya berhasrat untuk kekal dalam program memandangkan ada antara atlet menerima elaun yang mewah.
"Kenaikan gaji atlet adalah berdasarkan prestasi .
"Mereka perlu terus berada dalam prestasi terbaik sekiranya ingin kekal sebegitu," jelas Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pula mengekalkan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, namun kedudukan dua pemain, Ho Yen Mei dan Lim Chi Wing bakal dinilai semula.
"Kami masih menilai tahap kecederaan Yan Mei manakala Chi Wing akan dinilai daripada segi prestasi," ujar Pengarah Kejurulatihan BAM Wong Chong Hann.