SUKAN LAIN
Program Podium: Hanya babitkan prospek Sukan Olimpik
Bayangan Program Podium akan dipindahkan ke Majlis Sukan Negara (MSN) semakin jelas apabila Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Mohd Khairi Zawi, mengakui MSN lebih arif menguruskan program dan atlet negara.
Keputusan bedah siasat program sukan termahal itu di Bukit Jalil selama dua hari akan menentukan hala tuju program berkenaan yang diwujudkan bagi merealisasikan misi pingat emas sulung Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020.
Kegagalan dalam dua temasya, Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta-Palembang, tahun ini menjadi topik perbincangan utama.
Iklan
MSN pastinya berdepan cabaran lebih hebat apabila sesi bedah siasat itu berakhir esok.
Antara usul yang dicadangkan ialah pembabitan 148 atlet normal Program Podium perlu dikaji dengan lebih teliti, dengan tumpuan selama dua tahun berikutnya terarah kepada prospek emas Sukan Olimpik sahaja manakala atlet daripada cabang sukan yang lain dipindahkan ke program yang lain.
Sehubungan itu, pembabitan atlet dalam 18 jenis sukan Program Podium seperti Shalin Zulkifli (boling tenpin) dan Datuk Nicol David (skuasy) berdepan pengguguran.
Nadi Arena akan membawakan perkembangan selanjutnya selepas ini.
Must-Watch Video