Perkembangan positif melibatkan kebajikan atlet negara di mana akan ada penyelarasan baru skim elaun latihan atlet kebangsaan bermula Januari ini.
Peningkatan skim elaun tersebut hanya melibatkan atlet Program Podium -- merangkumi tujuh peringkat elaun yang berbeza, bermula dari peringkat pelapis kebangsaan sehingga ke Sukan Olimpik.
Elaun baharu atlet Program Podium merupakan inisiatif berterusan pelbagai pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Paling mencuri tumpuan, atlet Program Podium itu turut disertakan klausa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Situasi itu ternyata menggembirakan atlet negara biarpun belum ada pengumuman rasmi setakat ini.
Skim kontrak elaun atlet terbaharu itu bakal membabitkan tempoh selama dua tahun -- dan ini secara tidak langsung akan memberikan suntikan motivasi buat atlet negara mengecapi kejayaan.
Secara keseluruhan, atlet bakal menerima kenaikan RM700 setiap lapisan Program Podium dengan paling minimum RM1500.
"Setelah lama berada di Majlis Sukan Negara (MSN), ini merupakan satu perkhabaran yang positif namun masih lagi tiada kata putus jadi kami akan menantikan makluman lebih lanjut," kata atlet menembah negara, Johnathan Wong.
"Dengan adanya EPF dan PERKESO di dalam elaun ini, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi masa depan buat atlet."