Tindakan tegas Jawatankuasa Pemilihan dan Penilaian Program Podium mengundang waspada barisan atlet kebangsaan, termasuk nama senior seperti jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei, bahawa kedudukan mereka hanya terjamin jika meraih pingat dalam kejohanan antarabangsa.
Tindakan Program Podium menggugurkan 22 atlet dan menurunkan elaun 16 yang lain menjadi bukti tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang gagal mencapai indeks prestasi utama (KPI).
Ia termasuk atlet berstatus senior atau bintang yang lebih sedekad mewakili negara.
"Kekal dalam Program Podium adalah salah satu prestasi terbaik saya. Namun, saya perlu memastikan meraih tempat dalam kelompok tiga terbaik bagi mengekalkan tempat dalam Program Podium," kata Hup Wei.
"Atlet perlu mengetahui tugas yang digalas. Jika gagal, maka gugurkanlah," tambah atlet lompat jauh negara, Andre Anura Anuar.
"Selepas disenaraikan dalam skuad ke Sukan SEA tahun ini, saya perlu cuba menaikkan lagi prestasi agar dapat ke pentas Olimpik," ujar pelumba lebuh raya kebangsaan, Nur Azrenna Ahmad Jumry.
Antara atlet yang dikenakan pemotongan elaun adalah ratu berbasikal trek, Fatehah Mustapa dan penerjun, Ooi Tze Liang.
Seramai 620 atlet terpilih dalam Program Podium, termasuk wakil paralimpik, untuk tempoh enam bulan berikutnya.