Skip to main content

Sukan Lain

Program Podium: 16 atlet terima kenaikan elaun latihan

erry-hidayat.jpg
Seramai 16 atlet dinaikkan elaun latihan selepas mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam kalangan 620 atlet Program Podium.

Ia antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Penilaian Program Podium di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini.

Antara atlet yang menerima kenaikan elaun latihan adalah Muhammad Erry Hidayat daripada sukan angkat berat selepas merangkul pingat perak dalam Kejohanan Asia di China bulan lalu.

12 atlet hoki dalam dewan negara yang meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Asia di Thailand bulan lalu juga menerima kenaikan di samping beberapa atlet boling padang dan atlet badminton para.

Turut mencuri tumpuan, 12 atlet diturunkan elaun latihan selepas gagal mencapai KPI, antaranya atlet berbasikal negara, Fatehah Mustapa, dan Ooi Tze Liang daripada sukan terjun.

Mesyuarat itu juga memutuskan 22 atlet digugurkan daripada Program Podium yang bertumpu kepada acara berpasukan.

Ikuti butiran penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video