Raket perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, mencatat bidaan tertinggi mencecah RM1,000 dalam jualan amal barangan terpakai atlet Malaysia, sekali gus meyakinkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk mengadakan program itu sekali lagi Ogos depan.
Sejumlah RM13,321 berjaya dikumpul dalam program yang diadakan untuk mengumpul dana YAKEB.
Selain raket, baju Chong Wei serta jersi pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, turut mencatat bidaan tinggi daripada peminat sukan negara.
Sambutan menggalakkan itu meyakinkan YAKEB untuk menjadikan program seperti itu sebagai salah satu sumber pendapatan bagi mengumpul dana membantu atlet negara.
"Ini merupakan program pertama yang dilakukan YAKEB dan kami akan meneruskannya untuk masa akan datang.
"Beberapa atlet yang masih berkhidmat untuk negara telah banyak membantu kami dalam usaha untuk mengumpul dana ini," kata Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed.
Turut dilelong ialah kasut bola penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, bola yang digunakan ketika Piala AFF 2018, bola boling Shalin Zulkifli dan banyak lagi.
Secara keseluruhan, YAKEB mengumpul lebih RM18,000, termasuk sumbangan RM5,000 daripada Koperasi Harta Intelek Malaysia.