Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) diarah untuk menyiasat 11 persatuan sukan kebangsaan, terutama yang gagal menyerahkan maklumat yang kena beri (MYKB), selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pegawai Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) baru-baru ini.
PPS menggunakan sistem penarafan bintang untuk menilai aspek pengurusan dan kewangan persatuan sukan kebangsaan.
Pada 2018, sebanyak enam persatuan diberi penarafan lima bintang kerana melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam kedua-dua aspek itu.
Bagaimanapun, 11 persatuan lain gagal mendapat sebarang bintang kerana gagal menyediakan MYKB, sekali gus berpotensi untuk disiasat.
"Saya dimaklumkan dalam suku pertama tahun ini, PPS akan membentangkan pelan pembaharuan ini, bukan sahaja daripada segi pentadbiran dan integriti, yang saya rasa amat mustahak," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Pada masa yang sama, ia untuk memastikan orang baru dan bekas-bekas atlet juga dapat memainkan peranan dalam membangunkan persatuan tersebut.
"Ada beberapa perkara yang kami mahu lakukan supaya akhirnya kita dapat menggembleng tenaga, kepakaran dan industri sukan secara keseluruhannya untuk membangunkan persatuan-persatuan sukan," katanya.
PKBM dilanda gelora apabila presidennya, Datuk Abu Samah Abd Wahab, ditahan SPRM bagi membantu siasatan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pemberian kontrak melibatkan persatuan sukan yang dipimpinnya.
Beliau dibebaskan semalam, sehari lebih awal daripada tarikh sebenar tahanan remannya.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara (MSN) diarahkan untuk memanggil pulang satu-satunya penerjun yang masih berlatih di China, Cheong Jun Hoong, susulan wabak koronavirus di negara itu.
"Dia (Jun Hoong) telahpun dimaklumkan dan Kerajaan Malaysia mengambil ketetapan untuk membantu jika mereka mahu pulang ke Malaysia.
"Penerjun lain yang mahu kembali, kami segera membantu mereka pulang secepat mungkin.
"Tetapi mengenai Jun Hoong, kami sedang memuktamadkannya," katanya lagi.
Editor: Muzaffar Musa