Skip to main content

Sukan Lain

PPPS perlu saluran yang betul -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan Persatuan Pingpong Selangor (PPPS) perlu pergi ke saluran betul iaitu melalui Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan bukannya secara melulu menghantar aduan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias menegaskan ppps perlu menyelesaikan isu dalaman tersebut secara kolektif terlebih dahulu sebelum PJS membuat keputusan rasmi. 

Dia juga tidak menyekat bahawa PPPS boleh mendapatkan pandangan dari Persatuan Pingpong Malaysia berkenaan isu yang dihadapi.

Sebelum ini, PPPS mendakwa berlaku pengambilalihan tidak sah dalam pemilihan kepimpinan, yang tidak mengikut prosedur Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

Beliau ditemui semasa mengumumkan pelantikan lima orang anggota Jawatankuasa Pertikaian Sukan (JKPS) yang baharu bagi tempoh dua tahun bermula Mei 2025 sehingga 30 April 2027.

Advertisement

Must Watch Video