Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) mengenal pasti atlet berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan bagi membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
PPM mengesan potensi Ahmad Syafiq Kamaruddin selepas atlet itu menewaskan pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Muhamad Hafizuddin Mat Daud, dalam Piala PPM, baru-baru ini.
Presiden PPM, Datuk Radzi Mansor, berharap pemilihan atlet dari Terengganu itu dapat membantu dalam menyumbangkan pingat buat kontinjen negara.
"Saya berharap dia dapat mengekalkan prestasinya kerana saya tidak memiliki sebarang keraguan untuk memilihnya mewakili negara dalam Sukan SEA.
"Saya akan pastikan dia tersenarai untuk mewakili Malaysia dalam temasya itu," katanya.
Seramai 12 atlet petanque kebangsaan -- yang akan diumumkan bulan depan -- akan menjalani latihan di Kemboja, Oktober depan sebagai persiapan terakhir menjelang Sukan SEA.
PPM meletakkan sasaran satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa menerusi empat acara yang dipertandingkan.
"Saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepadanya tetapi saya mendoakan agar dia dapat mengekalkan prestasinya untuk mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas," tambahnya.