Skip to main content

Permotoran

Porsche Carrera Cup Asia: Nazim Azman nyalakan harapan buru kelompok atas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nazim-azman.jpg
Perlumbaan pusingan keenam Porsche Carrera Cup Asia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini menyaksikan Dylan Pereira kekal unggul dengan aksi konsisten sepanjang 13 pusingan untuk menguasai kedudukan teratas.

Kejayaan itu secara tidak langsung meletakkan pemandu Shanghai Yonda BWT itu terus gah di puncak carta keseluruhan perlumbaan dengan 95 kutipan mata, diikuti rapat oleh Hugo Ellis dengan 59 mata.

Sementara itu, jaguh Formula 3 negara, Nazim Azman, pula terpaksa akur di kedudukan keenam selepas berdepan kesukaran dalam pusingan terakhir.

Walaupun mengalami isu teknikal kecil di tayarnya ketika perlumbaan, pelumba Sime Motor Racing itu mengakui tidak terganggu dan yakin mampu memperbaiki kedudukan dalam pusingan ketujuh di Thailand, awal bulan depan. 

"Cuaca sangat panas hingga menghauskan tayar dan ia sesuatu yang perlu kami lihat menjelang perlumbaan akan datang. 





"Kami beraksi dengan baik sambil berharap mampu berada dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan. 

"Perlumbaan ketujuh lebih panjang dan membabitkan 20 pusingan. 

"Jadi selepas ini kami perlu lebih berjaga-jaga dan perlu mempunyai lebih banyak strategi, bukan sekadar memecut sahaja. 

"Kami juga akan menggunakan tayar baru dalam pusingan seterusnya jadi saya menyasarkan satu keputusan yang bagus," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video