Skip to main content

Bola Keranjang

Popovich ketepikan Leonard dalam perlawanan keenam

kawhi-leonard-42817-usnews-getty-ftr_w1k3a92glis01xetzac5p4mro.jpg
San Antonio Spurs akan turun tanpa khidmat pemain bintang, Kawhi Leonard, dalam perlawanan keenam separuh akhir Western Conference berdepan Houston Rockets.

Leonard tetap mahu beraksi dengan Spurs mendahului siri playoff 3-2, hari ini namun ketua jurulatih, Greg Popovich, menolak permintaan tersebut.

Popovich mahu Leonard -- yang mendahului carta kutipan mata, rebound dan asssist untuk Spurs dalam playoff --  merehatkan kecederaan buku lali kakinya.

"Dia mahu bermain," Popovich memberitahu media dengan ringkas.

Leonard tiba di Houston Toyota Center dengan balutan di kakinya.

Ketika melakar kemenangan dalam perlawanan kelima 11--107, Kawhi menghabiskan aksi masa tambahan (OT) di bangku simpanan.

Jonathan Simmons, yang mengutip purata 6.2 mata, akan mengisi slot Leonard.

Leonard merupakan antara calon anugerah pemain paling bernilai (MVP) musim ini selepas mengutip purata 25.5 mata, 5.8 rebound dan 3.5 assist ketika musim tetap Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

 

Advertisement

Must Watch Video