Skip to main content

Sukan Lain

Poad kendalian latihan pertama skuad pecut negara

poad.jpg
Sesi latihan pertama menyaksikan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, keriangan melatih anak buahnya secara rasmi di Majlis Sukan Negara (MSN).

Terlepas daripada rutin berulang-alik dari Perak, Poad akhirnya dapat menetap di MSN dan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam latihan anak buahnya, Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Arsyad Md Saat.

Ia juga menandakan titik permulaan persiapan menuju ke Sukan SEA Kemboja yang akan berlangsung empat bulan dari sekarang.

Sebelum ini, Poad menjalankan dua tugas iaitu sebagai jurulatih pecut negara separuh masa dan seorang guru berpangkalan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Johor sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Gunung Rapat di Perak.

Kebanyakan masa Poad diluangkan dalam perjalanan pergi dan pulang dari Perak dan Kuala Lumpur.

Kini dengan tugas sepenuh masa di MSN, termasuk kemudahan yang lengkap, Poad melihat ia peluang terbaik untuk menggilap bakat anak buahmya.

Poad turut berkongsikan harapan terhadap anak buahnya di temasya dwitahunan itu.

"Kami akan menggunakan sebaik mungkin setiap kelebihan berlatih di MSN serta ISN. Kami akan menjalankan beberapa program yang bersesuaian bagi merealisasikan objektif pasukan," katanya. 

"Malaysia telah lama tidak memenangi acara 4x100m dan jika ia berhasil, saingan 100m individu secara tidak langsung akan meningkat dengan lebih baik."

Advertisement

Must Watch Video