Kejayaan kem sepak takraw negara menamatkan kemarau 36 tahun emas acara regu berpasukan dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya menjadi bukti keberkesanan penganjuran Sepak Takraw League (STL).
Ekosistem yang semakin berkembang itu dapat dilihat selepas STL menjadi platform domestik yang menyediakan ruang kepada pemain bersaing dalam suasana lebih kompetitif.
Antara inisiatif tambahan daripada program pembangunan ini termasuk penganjuran Klinik STL yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun.
Sudut positif yang boleh dilihat daripada inisiatif ini adalah sepak takraw kini bukan lagi sukan kegemaran bangsa Melayu sahaja, malah masyarakat India dan Cina juga turut mula berkecimpung.
"Ia memang perkembangan yang baik kerana kita memang nak lihat anak Cina dan anak India main sepak takraw untuk negara suatu hari nanti," kata tekong terbaik dunia, Syahir Rosdi.
"Saya harap kita dapat kembangkan lagi sukan sepak takraw ini ke seluruh Malaysia.
"10 tahun lalu, mereka hanya main sepak takraw untuk suka-suka waktu petang tetapi sekarang dengan adanya STL, mereka ada misi dan impian untuk bermain di STL dan peringkat antarabangsa."