Skip to main content

Sukan Lain

PLBM lantik Zuraidi kendali skuad kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

plbm-wan.jpg
Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM) melantik Zuraidi Puteh sebagai ketua jurulatih skuad negara bagi menggantikan Simon Botha yang memilih untuk tidak menyambung kontraknya tahun ini. 

Botha sudah ditawarkan kontrak baru sebelum dia memutuskan untuk tidak lagi membimbing skuad negara disebabkan faktor usianya yang sudah menginjak 78 tahun. 

Zuraidi, yang sebelum ini memegang jawatan selaku penolong jurulatih, diberikan kepercayaan untuk mengemudi skuad kebangsaan dengan indeks prestasi utama (KPI) yang diletakkan adalah kedudukan podium dalam Kejohanan Asia Pasifik, Jun depan, serta pingat emas Sukan SEA Filipina hujung tahun ini. 

Botha sudah bersama pasukan itu sejak 2016 dengan kejayaan terbaik diraih oleh anak buahnya adalah pingat emas Sukan Komanwel di Gold Coast tahun lalu. 

"Kami berharap Botha akan berehat selama setahun dan kembali bersama kami kemudian jika keadaannya mengizinkan.

"Kami sentiasa mempunyai hubungan baik dengannya.

"Bagaimanapun, saya meletakkan keyakinan penuh kepada Zuraidi memandangkan dia sudah lama berkhidmat di bawah Botha," kata Presiden PLBM, Datuk Wan Nawawi Ismail. 

Dalam pada itu, isu venue latihan turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) petang tadi dengan PLBM berharap MSN dapat mencari jalan penyelesaian bagi membantu skuad negara kembali berlatih di Bukit Kiara ekoran kos penyewaan yang terlalu tinggi. 

"Kami perlu menyedari kos utiliti kini semakin meningkat.

"MSN telah mengambil inisiatif untuk mempertimbangkan perkara itu dan kami berterima kasih kepada mereka di atas usaha itu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video