Skip to main content

Bola Keranjang

Playoff NBA 2017: John Wall wira Wizards

john-wall_1p6i7h4kbs6yz11w90rtpxj0w3.jpg
John Wall jelas sakit hati dengan tindakan beberapa pemain Boston Celtics yang tiba di Verizon Center untuk Perlawanan ke-6 sambil memakai pakaian serba hitam.

Mesej tersirat cuba disampaikan Celtics ialah:"Kami akan tanam Wizards hidup-hidup."

Bagaimanapun, Wizards ternyata tidak memahami mesej tersirat itu, dengan John Wall membuat jaringan 3-mata, tiga saat sebelum perlawanan berakhir sekaligus memaksa kedua-dua pasukan membuat perhitungan dalam Perlawanan ke-7, separuh akhir Eastern Conference Playoff NBA.

Siri terakhir tersebut bakal berlangsung di kota Boston dengan pemenang akan mara ke perlawanan final Eastern Conference berdepan Cleveland Cavaliers.

Selepas menjaringkan mata kemenangan, Wall jelas kecewa dengan pemakaian beberapa pemain Celtics yang memakain serba hitam -- meskipun Wizards melakukan gimik sama awal tahun ini berdepan Boston.

"Jangan datang ke bandar saya memakai pakaian serba hitam seperti datang ke acara pengebumian," Wall bercakap kepada ESPN selepas tamat perlawanan. 

"Kami cuma mahukan Perlawanan ke-7. Ini sahaja permintaan kami."

Wall (26 mata) beberapa kali melakukan lontaran 3-mata bersama-sama rakan guard, Bradley Beal yang menyumbang 33 mata. 

Kombinasi kedua-dua pemain menghasilkan 42 mata daripada 51 mata dikutip Wizards dalam separuh masa kedua perlawanan.

Kebijaksanaan Wall dan Beal membayangi persembahan mantap Isaiah Thomas dan Avery Bradley dengan masing-masing mencatat 27 mata buat Celtics. 

Pecubaan 3-mata 'buzzer beater' Thomas gagal disempurnakan sekaligus membuka peluang buat Wizards bangkit dalam perlawanan terakhir.

 

Advertisement

Must Watch Video