Skip to main content

Sukan Lain

PKBM mohon KBS senarai Fadhil Zonis dalam program RTG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fadhil.jpg
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon Kementerian Belia dan Sukan supaya menyenaraikan seorang lagi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Zonis dalam program Road To Gold (RTG).

Ini berikutan kepentingan Fadhil selaku pelumba sandaran bagi acara pecut berpasukan di samping menjadi pilihan utama sekiranya mana-mana pelumba mengalami kecederaan. 

Naib presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, positif nama Fadhil layak untuk turut disenaraikan dalam program RTG. 

"Senarai RTG ini bukanlah yang terakhir, pihak PKBM akan berusaha meletakkan nama Fadhil Zonis dalam program tersebut kerana ia adalah permintaan daripada jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley," kata Amarjit.

Dalam masa sama, Amarjit memuji pendirian KBS, untuk tidak mencampuradukkan sukan dengan politik dalam isu hasrat beberapa negara Eropah untuk memboikot Sukan Olimpik Paris. 

Malah dia berpendapat ia menyinarkan peluang Malaysia untuk meraih emas olimpik pertama menerusi Datik Azizulhasni Awang yang memenangi perak pada edisi 2020 di Tokyo.

Advertisement

Must Watch Video