Skip to main content

Sukan Lain

PKBM cadang pusat latihan di Melbourne ditutup

velodrom-nasional-180517.jpg
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan membawa cadangan untuk menutup pusat latihan skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia, dalam Mesyuarat Jawatankusa Kerja Bersama Majlis Sukan Negara, bulan depan.

Pusat latihan yang diadakan sejak 2006 itu berjaya melahirkan juara keirin dunia, Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapa.

Begitupun, PKBM, menurut setiausaha agungnya, Ibrahim Mustafa, mahu Velodrom Malaysia yang baru disiapkan di Nilai digunakan sepenuhnya.

"Mereka harus menerima kenyataan apabila negara telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membina trek yang baik.

"PKBM akan memohon kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memindahkan pusat latihan di Melbourne ke sini.

"Apa gunanya negara berbelanja besar tetapi ia hanya digunakan sekali-sekala, ia tidak mendatangkan faedah.

"Lagipun, ia dapat menjimatkan wang negara dan kami dapat menguruskan trek yang ada dan menghantar atlet-atlet berbasikal trek ke luar negara," ujar Ibrahim lagi.



 

Advertisement

Must Watch Video