Skip to main content

Sukan Lain

PJS sila ambil perhatian -- Syed Saddiq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saddiq.jpg
Menteri Belia dan Sukan (MSN), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengharapkan susun tadbir sempurna dalam pemilihan watak utama persatuan agar rasional dengan tanggungjawab mereka.

Ia diluahkan Syed Saddiq yang tidak mahu badan persatuan terpaksa melewati situasi sukar ekoran kegagalan tampuk utama persatuan memahami tanggungjawab sendiri.

Justeru, Pesuruhjaya Sukan (PJS) perlu mengenal pasti susun tadbir yang sempurna, terutama dalam pembentukan persatuan yang dinasihatkan perlu diketuai oleh individu yang dekat dengan sukan terlibat.

"Saya telahpun mengarahkan pihak PJS menguruskan perkara ini sebaik mungkin dan mahukan atlet, bekas atlet, serta jurulatih dalam sukat terlibat harus memberikan peranan kepada pihak persatuan," kata Syed Saddiq merujuk kepada isu yang membelenggu Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) yang diselubungi isu sehingga terpaksa dibawa ke peringkat siasatan polis.

"Ia merupakan hak kepada individu yang terlibat untuk melakukan laporan dan kami membenarkan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut."

Tegas Syed Saddiq, hal tersebut perlu diberi perhatian oleh setiap persatuan agar susun tadbir mereka
berada di bawah individu yang sepatutnya.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video