Kemelut Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) antara tumpuan utama Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baru, Profesor Madya Dr. Wirdati Mohd Radzi, sebaik mula melaporkan diri.
Beliau menyatakan kemelut sedemikian secara tidak langsung mampu menjejaskan tumpuan atlet negara yang dalam misi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2020.
Bagaimanapun, Dr. Wirdati menegaskan kemelut berkenaan bukan perkara besar dan ia mampu diselesaikan dalam masa singkat dan terserah kepada ketulusan pihak-pihak yang terbabit dengan kemelut dalaman itu.
"Tiada jangka masa yang khusus, ia boleh diselesaikan dengan segera atau dipanjangkan.
"Ia bergantung kepada niat pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan," katanya ketika ditemui di Bangsar, hari ini.
Untuk rekod, MAKAF berdepan kemelut dalaman apabila 12 ahli gabungan melaksanakan undi tidak percaya terhadap badan induk itu sementara Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM ditangguhkan berkaitan isu pencalonan jawatan tertinggi.