Skip to main content

Sukan Lain

Pickleball Malaysia Cup 2025: Pemain nombor satu dunia, Ben Johns bakal buat penampilan sulung di Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ben-johns.jpg
'Ibarat mimpi jadi kenyataan', saingan PPA Tour Asia, Malaysia Cup 2025 mencatat sejarah tersendiri apabila disertai bintang pickleball dunia, Ben Johns dari Amerika Syarikat.
 

Ia bakal jadi penampilan sulung pemain nombor satu dunia itu dalam saingan PPA di Asia sekaligus menjadi titik penting perkembangan pickleball di rantau ini.

Kejohanan turut dijangka menampilkan lebih 10 lagi pemain bertaraf dunia yang akan dimumkan kemudian dengan pelbagai kategori dipertandingkan.

Majlis pelancaran kejohanan pada selasa turut mengumumkan Astro sebagai penyiar rasmi kejohanan yang menawarkan hadiah melebihi RM700,000.

Ia sekali gus memastikan peminat sukan pickleball tanahair dapat menyaksikan liputan menyeluruh aksi-aksi membabitkan jaguh dunia termasuk Ben Johns.
   
Pickleball Paddle

Paddle Ringan, Game Lagi Padu

Dengan paddle pickleball yang tahan lasak & selesa digenggam, setiap pukulan rasa lebih yakin.


Ready to Smash

Advertisement

Must Watch Video