Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Tun Ali: PDRM sekat Pitsanulok julang gelaran beregu Piala Tun Ali

pdrm-sepak-takraw.jpg
PDRM menafikan Pitsanulok untuk membawa trofi beregu Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali ke Thailand menerusi kemenangan 2-1 dalam pertembungan sengit sebentar tadi. 

Kelibat Shahalril Aiman dan Seksan Tubtong membuka langkah PDRM untuk mendominasi set pertama dengan 17-13 di Bukit Serindit, Melaka. 

Walapun Pitsanulok sempat menutup jurang seketika dengan mengutip empat mata berturut-turut untuk mengikat kedudukan 17-17, namun PDRM kembali menemui rentak untuk merampas semula momentum hingga memperoleh mata akhir 23-21.

Set kedua lain pula ceritanya apabila kelab Thailand itu lebih menyerlah dengan mendahului 9-5 sebelum mencipta kemenangan 21-19 untuk ke set penentuan.




Pitsanulok  terus mengasak untuk kelebihan 3-0 sebaik bersambung set ketiga.

Namun, PDRM ternyata bukan calang-calang pasukan dan mula menghambat kedudukan. 

Harapan terus bersinar buat mereka apabila terlebih dahulu mencapai untuk menewaskan pasukan Pitsanulok yang dibarisi oleh Suriyon Koonpimon dan Tanusard Raviroj 21-15. 





 

Advertisement

Must Watch Video