Regu Pulau Pinang tidak dapat merealisasikan hasrat melangkah ke separuh akhir Piala Tun Ali apabila tewas di tangan Johor, sebentar tadi.
Penang berhasil mengikat kedudukan 12-12 tetapi aksi mantap Rattadech Noijaroen, Syahmi Syazwan dan Farhan Adam membawa kemenangan Johor 21-16.
Dewan Bukit Serindit, Melaka, makin rancak dalam set seterusnya apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata sebelum Pulau Pinang memastikan menang dan heret perlawanan ke rubber set.
Namun, Johor kembali mendominasi permainan dalam set seterusnya sebelum mengecapi kemenangan 21-10.
Satu lagi pertembungan suku akhir menyaksikan Negeri Sembilan yang mempertaruhkan Haziq Nizam, Hafizul Hayazi dan Zuleffendi Sumari memimpin aksi hingga 12-6.
Situasi yang memihak kepada Negeri Sembilan itu apabila PDRM cuba mengatur kebangkitan menerusi Syahmi Husin, Ridauddin Ghani dan Shahalril Aimin tetapi masih belum menyekat kemenangan 21-16 lawannya itu.
Negeri Sembilan tidak mahu terleka lagi apabila meningkatkan fokus dalam set kedua dan mengurangkan sebanyak mungkin kesilapan untuk akhirnya menang straight set 21-13, seterusnya mara ke separuh akhir.