Skip to main content

Sepak Takraw

Piala Tun Ali: 17 pasukan bakal buru kejuaraan

pialatunali.jpg
17 pasukan terdiri daripada 12 buah negeri di Malaysia dan satu daripada Singapura akan memeriahkan Kejohanan Piala Tun Ali yang akan berlangsung di Stadium Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah MBMB.

Selain 13 pasukan tersebut, empat lagi pasukan terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan dari Penjara dan juga pasukan Bomba

Kejohanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu beregu atau doubles dan juga regu. Kedua-duanya akan disertai 17 pasukan dengan perlawanan menggunakan format liga sepusingan terbahagi kepada empat kumpulan, dua terbaik dari setiap kumpulan akan layak ke saingan kalah mati bermula di peringkat suku akhir.

Advertisement

Must Watch Video