Penyerang prolifik Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, mengakui berselera besar untuk merobek gawang lawan di sebalik rekod 25 gol Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini menjelang perhitungan final Piala TNB, malam esok.
Mereka pastinya mahu mengecewakan Tenaga Masional Berhad (TNB) buat kali ketiga di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok, bagi melengkapkan kejuaraan hatrik musim ini.
Rekod kedua-dua pertemuan memihak kelab dari Pantai Timur itu yang menyaksikan tonggak kebangsaan tersebut meledak empat jaringan dan lebih manis, jaringannya mengesahkan gelaran liga.
"Saya memang suka menjaringkan gol.
"Kalau tidak dapat meledak gol, saya akan berasa kecewa.
"Saya rasa seronok kalau buat pasukan menang, macam mana pun saya tetap mahu menjaringkan gol," katanya ketika dihubungi Nadi Arena.
Faizal sememangnya tonggak THT yang menyaksikannya pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam edisi 2011 dan 2012 sementara THT sudah mengumpul enam kejuaraan Piala TNB.
Selepas menjulang dua kejuaraan, Piala Sumbangsih dan LHM, fokus Faizal terarah kepada rekod baru dalam kariernya untuk muncul sebagai pemenang kejuaraan treble buat kali pertama bagi mengekalkan reputasi gah selaku penyerang terbaik negara.
Berbekalkan pengalaman dan persiapan, TNB perlu merencana taktikal bagi menyekat hasrat TNB untuk memadam kekecewaan lalu, seterusnya mengulangi kejayaan 2009.
"Kami ada enam pemain kebangsaan sementara TNB mempunyai 11 orang selain ramai pemain muda dan laju.
"2-3 pemain mereka mampu mencipta impak untuk memenangi perlawanan, kami cuma perlu tahu bagaimana untuk kekang mereka.
"Kami tahu Syed Syafiq Syed Cholan dan Faiz Jali adalah pemain yang mantap jadi kami juga kena tahu macam mana untuk hadapi mereka," katanya.
Kredit imej: Fit Terengganu