Penjaga gawang skuad hoki negara, Hafizuddin Othman, bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan 12 pukulan sudut penalti pasukan raking ke-13 dunia, Korea.
Penjaga gol Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu mengakui bahawa ia bukannya tugasan yang mudah namun harus melaksanakan tanggungjawabnya demi membalas dendam keatas kekalahan bertemu Jepun sebelum ini.
Hafizuddin berkata, dia perlu meneliti video ulangan berkenaan pukulan sudut penalti pasukan Korea sebelum turut berdepan pasukan itu.
"Sebelum kami turun berdepan Korea, saya melakukan persiapan dengan mengkaji beberapa video ulangan terhadap cara pukulan sudut penalti pasukan lawan.
"Alhamdulillah saya berjaya baca sasaran dengan tepat oleh pemain berpengalaman mereka.
"Saya mengakui dari tayangan tersebut, ia banyak membantu saya untuk kurang melakukan kesilapan, " katanya.
Selepas ini, The Speedy Tigers, akan bertemu New Zealand pada petang ini.

Apa rahsia Hafizuddin Othman cemerlang selamatkan 12 pukulan sudut penalti Korea Selatan ?@ASTROARENA pic.twitter.com/gYLEy9t13b
— karlnunis (@_karlnunis) May 11, 2024