Skip to main content

Advertisement

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Status juara jadi idaman The Speedy Tigers

hoki-piala-sultan-azlan-shah-2022.jpg
Dengan baki kurang seminggu menjelang perlawanan pembuka tirai Piala Sultan Azlan Shah, skuad negara tidak akan berundur  dengan matlamat untuk muncul juara di sebalik kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan. 

Syafiq Sumantri, Ramadan Rosli dan Faiz Helmi Jali masih dalam pemantauan sebelum kata putus tentang kedudukan mereka ditentukan di Ipoh, Khamis ini. 

Selain itu, Marhan Jalil dan Shahril Saabah sah tidak akan dipertaruhkan apabila perlu memberi fokus program pemulihan. 

"Sasaran utama skuad negara kekal, kami masih menetapkan untuk keluar sebagai juara.

"Kami mahu menerapkan bermain dengan mentaliti kemenangan. 

"Pemain harus sedar bahawa ini sasaran mereka. Pemain pasti akan berikan permainan terbaik untuk mencapai objektif yang ditetapkan ke atas pasukan," katanya di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini. 

Tambah Mirnawan, The Speedy Tigers tidak akan meminggirkan mana-mana pemain dengan kesemua 26 nama tetap di dalam senarai skuad kebangsaan bagi saingan yang akan datang.

"Inilah pemain-pemain yang akan menggalas cabaran dalam Piala Dunia pada Januari 2023.

"Selepas Piala Sultan Azlan Shah, kami akan ke Afrika Selatan untuk menyertai Liga Negara-Negara sebelum ke Piala Dunia.

"Jurulatih sememangnya ingin fokus kepada pemain yang ada dalam senarai," kata pengurus pasukan negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Pasukan kendalian Arul Selvaraj itu akan membuka tirai menentang Korea Selatan yang menghuni ranking ke-12 dunia, Selasa depan. 


 

Advertisement

Must Watch Video