Perlawanan ketiga Piala Sultan Azlan Shah 2022 melibatkan skuad hoki negara dan Afrika Selatan di Ipoh terpaksa ditunda berikutan keadaan cuaca hujan lebat di venue perlawanan sebentar tadi.
Perlawanan penting buat skuad kebangsaan itu terpaksa dihentikan berbaki seminit 40 saat suku pertama, di mana Afrika Selatan sedang mendahului 1-0 hasil jaringan padang Cameron Yves Norman Le Forestier pada minit ke-12.
Wartawan Nadi Arena, Karl Nunis, yang sedang berada di Ipoh ketika ini mengesahkan bahawa baki perlawanan berkenaan akan disambung pada Ahad ini bermula jam 5 petang.
Sebelum itu, Malaysia terlebih dahulu akan menghadapi Mesir malam esok.
Malaysia ketika ini sedang menduduki tangga tercorot daripada enam pasukan bertanding selepas mencatatkan satu kekalahan dan satu keputusan seri.

Perlawanan Malaysia lwn Afrika Selatan ditunda ekoran hujan lebat dan bakal bersambung pada Ahad, 5 petang @ASTROARENA pic.twitter.com/UKOnBJRx2c
— karlnunis (@_karlnunis) November 4, 2022