Selepas tiga perlawanan membabitkan Malaysia dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), skuad negara berjaya mencetak 16 gol yang disumbangkan oleh lapan pemain berbeza.
Statistik yang dipamerkan oleh The Speedy Tigers itu, cukup menggerunkan apabila barisan skuad hoki ini baru dibentuk ketika belum memasuki fasa program latihan spesifik.
Dalam masa sama, tahap kefahaman pemain negara dalam melakukan gerakan menyerang menerusi hantaran bola tinggi diibaratkan persis pasukan handalan dunia.
Strategi itu nyata mampu mematikan langkah pasukan yang berada di ranking ke-10 dunia, New Zealand, yang dibolosi empat gol pada 14 minit pertama permainan.
"Sekarang, semua pasukan akan menerapkan permainan dengan strategi moden di mana apabila anda menahan bola di udara, ia akan memberikan pukulan penalti strok manakala, jika anda menahan bola ke lantai padang, ia akan memberikan pukulan sudut penalti.
"Beberapa peluang dari pasukan Malaysia hadir ketika itu dan kita banyak mencipta bahaya kepada pasukan lawan," kata ketua jurulatih, Sarjit Singh.
Najmi Iman
Wed May 08 2024