Skip to main content

Hoki

Piala Sultan Azlan Shah: Arul akui laluan ke final kian sukar buat Malaysia

arul-selvaraj-psas.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, mengakui laluan Malaysia untuk ke final Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah semakin sukar selepas gagal memperoleh kemenangan daripada dua perlawanan pertama.

The Malaysian Hockey Tigers tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam perlawanan pertama kelmarin sebelum membenarkan Pakistan bangkit mengikat kedudukan 1-1 semalam.

Ia menyaksikan skuad negara kini menduduki tangga tercorot daripada enam pasukan bertanding berbaki tiga perlawanan pusingan awal.

Arul, dalam pada itu, menggesa barisan pemain mudanya untuk kekal memberikan aksi terbaik bagi baki saingan sambil memberikan sedikit pujian buat penjaga gol, Hafizuddin Othman, kerana mempamerkan prestasi lebih baik berbanding sewaktu berdepan Korea Selatan.

"Kami mahu pergi lebih jauh tetapi kini, kita perlu menunggu untuk melihatnya," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Tetapi kami perlu terus bermain, mendapatkan kemenangan dan terus bermain.

"Laluan ke final sudah pasti menjadi lebih sukar tetapi kami mempunyai tiga lagi perlawanan yang kami hanya perlu hadapi dan mula memenangi perlawanan," katanya.

Mengulas mengenai prestasi Hafizuddin ketika menentang Pakistan, Arul menambah: "Itulah perkara penting yang penjaga gol perlu lakukan. 

"Mereka perlu melakukan aksi menyelamat untuk mengekalkan kami dalam permainan dan ia satu kebangkitan yang amat besar dilakukan Hafiz berdasarkan perlawanan pertama dan kedua

"Saya tidak mahu memberikan terlalu banyak pujian buatnya kerana ia memang tugasnya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found