Skip to main content

Piala Seri Mutiara jadi pengukur kemampuan

baskettt.jpg
Saingan Piala Seri Mutiara 2018 akan menjadi sebahagian daripada medan persediaan skuad bola keranjang lelaki negara bagi menghadapi saingan pra-kelayakan Piala Asia 2021.

Skuad NX Matrix Malaysia menjadi wakil negara dalam saingan yang menampilkan tujuh lagi pasukan jemputan itu.

Semua pihak sedia maklum bahawa program kebangsaan ketika ini diselia oleh NS Matrix.

Malaysia layak ke pusingan kedua pra-kelayakan Piala Asia bagi zon Asia Tenggara pada November depan selepas menamatkan saingan pusingan pertama di tempat keempat daripada enam pasukan bertanding.

"Pemain-pemain beraksi dengan baik dan kami melayakkan diri. Kami juga mendapatkan jurang mata yang begitu rapat dengan Thailand dan Indonesia walaupun kedua-dua pasukan itu adalah lawan yang bagus.

"Kami mengharapkan saingan pada November nanti menjadi medan buat kami mempamerkan peningkatan ketika beraksi," kata ketua jurulatih NS Matrix Malaysia, Brian Lester.

Bagi kempen Piala Seri Mutiara edisi kali ini yang akan membuka tirai pada 2 Oktober ini, sasaran ke separuh akhir menjadi penanda aras buat Lester dan anak-anak buahnya.

"Kami sangat gembira dengan pasukan pada tahun lalu. Kami melakukan tugas dengan baik, melayakkan diri ke separuh akhir dan muncul antara pasukan terbaik di Asia Tenggara.

"Ia tidak pernah menjadi mudah dan kami akan cuba mendapatkan persefahaman antara setiap pemain."

Advertisement

Must Watch Video